Monday, April 29, 2013

A sinful taste

Kalau rasa diri tu masih belum cukup ilmu agama, sila tahan diri anda daripada buka mulut dan unknowingly menyebarkan benda yang tak betul. Benda yang tak betul tu boleh jadi fitnah. Faham tak? Sebab tu lah kena check sources daripada mana anda ambik benda-benda yang anda telah sebarkan, sebab taknak jadi penyebar fitnah.

And talking about sins, apparently, shockingly,  almost everyone of us has different opinions on what are the sins that are considered as "dosa besar" so I made a thorough research (a.k.a a 3-second google search and read numerous articles in less than 15 minutes) and I think JAKIM's website has the best explanation:-

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:Jauhilah diri kamu daripada tujuh dosa yang boleh membinasakan.Baginda ditanya:Apakah dosa itu wahai Rasulullah? Baginda berkata:" Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan jalan yang benar, memakan harta anak yatim, memakan riba, lari dari medan pertempuran perang dan menuduh perempuan yang suci melakukan zina.
1. Terdapat tujuh dosa besar yang dilaknat oleh Allah SWT terhadap sesiapa yang melakukannya iaitu:
i. Syirik kepada Allah- iaitu mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain seperti mempercayai perkara-perkara khurafat, memuja hantu syaitan dan sebagainya.
ii. Sihir
iii. Membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan jalan yang benar seperti untuk mempertahankan diri atau menegakkan hukum Allah (menjalankan hukuman keadilan)
iv. Memakan harta anak yatim
v. Memakan riba
vi. Lari dari medan pertempuran
vii. Menuduh perempuan yang suci melakukan zina.
2. Setiap mukmin hendaklah berusaha agar bebas dan selamat daripada melanggar hak saudaranya apalagi hak anak-anak yatim yang diamanahkan untuk dijaga dengan baik. Seseorang yang telah menghkianati amanah tersebut hendaklah ia mengembalikannya atau meminta untuk dihalalkan.
3. Orang yang telah melakukan dosa hendaklah bertaubat dengan taubat nasuha dan meminta ampun kepada Allah kerana pintu taubat sentiasa terbuka sampai terbitnya matahari dari barat.

Source.

Interesting, don't you think?

You have to wonder how people can come up with things like "sesungguhnya dosa memfitnah itu lagi besar daripada dosa membunuh" or "orang berzina takkan dapat cium bau syurga".

2 comments:

Anonymous said...

Pernah tengok tweet Dr Maza "Dosa ayah dan suami zalim lagi besar dari dosa perempuan tak pakai tudung." Hehe tak tau apa source for such comparison :D

wani said...

Mungkin sebab ayah dan suami zalim tak tunaikan tanggungjawab sebagai khalifah? :)