Khadam Ayat Al-Quran
Salam
Sy ada 2 soalan, harap panel feqh dpt menjawabnya berdasarkan dalil al-Quran atau/dan hadis sahih. Sy keliru mengenai perkara ini,harap dpt penjelasan dari soalan ini. Syukran..
1. Benarkah boleh memanggil khadam ayat keluar dari al-Quran? Adakah dalil al-Quran atau hadis sahih mengenai perkara ini?
2. Benarkah khadam ayat itu wujud? Ada yg mengatakan khadam ayat ini bukan malaikat, manusia yg telah meninggal atau jin tetapi ia adalah makhluk khusus yg menjaga ayat dipanggil khadam ayat.Bukankah khadam ayat al-Quran itu adalah malaikat?
_________________
al-jawhar
Panel Feqh
Salam
Bismillahi wal hamdulillahi
Sepanjang pengetahuan dan pencarian kami , tidak ada dalil yang mengatakan bahawa setiap ayat dan surah dalam al-Quran itu mempunyai "khadam" yang boleh dipanggil-panggil dan diperintahkan untuk melakukan sesuatu.
Apa yang jelas , jika pun perbuatan tersebut benar-benar berlaku dan terjadi , ianya adalah satu bentuk pengeliruan yang dilakukan oleh golongan tertentu untuk mengaburi mata kita agar mempercayai bahawa bentuk perubatan yang dilakukan adalah menepati sunnah dan mengikut landasan syarak...Kemungkinan khadam yang dimaksudkan itu adalah jin atau syaitan yang memang bertungkus lumus untuk menyesatkan umat manusia....Allahu A'alam...
Kita wajib memohon perlindungan dan pertolongan daripada Allah swt secara terus tanpa perantaraan dari kalangan khadam atau jin dan sebagainya....
WA
2 comments:
setuju dengan ayat last tu..
memang sesetengah orang suka "judge" orang.. kalau tak buat, dikatanya, kita jahat la, kita tak tahu agama la..
haishh..
selalu sangat jumpa orang yang macam ni. bila dipersoalkan satu-satu benda dalam islam (contoh macam air penawar dan tangkal-dibolehkan ke? sebab mereka macam letak sebab minum air tu jadi pandai apa semua/pakai tangkal akan dilindungi dari serangan syaitan dan sebagainya. itu semua kan kuasa Tuhan. kenapa nak letak kuasa kat air/tangkal?), dia kata kita ni memandai.
haih, tak faham.
Post a Comment