malam kian melabuhkan tirainya dan semua orang berpusu-pusu menuju ke ruang kamar masing-masing untuk melenakan diri setelah sehari suntuk berjaga. namun, saya masih berjaga dan buat malam yang kesembilan, saya masih gagal untuk tidur. ya, kawan-kawan, saya insomniac, dan perkara ini cukup mengganggu saya seperti mana terganggunya saya setiap pagi pada pukul 9 kerana pada masa ini, ibu saya akan membebel sepuas hatinya menyuruh saya bangun dan mengatakan bahawa dengan perangai ini, prospek saya untuk mencari suami akan malap kerana saya tidak tahu memasak, tidak pandai mengemas rumah apatah lagi menjadi seperti martha stewart. (jangan ditanya apa relevannya bangun lambat dengan tidak pandai mengemas rumah kerana saya telah menerima satu das bebelan pedas dari ibu saya apabila saya bertanyakan soalan tersebut).
saya telah melakukan segalanya, dari meminum susu panas sebelum saya masuk bilik untuk tidur kepada meminum teh dengan lemon ( bukankah ini remedy untuk sakit tekak, namun kata ibu tidak boleh dibangkah) kepada melakukan senaman (malangnya senaman yang mampu saya lakukan hanya muncul di fikiran sahaja). namun, oh, semuanya tidak menjadi sehingga naik fed-up saya sefed-up kawan saya Haniz ketika man united kalah kepada west ham sabtu lalu.(gelak jahat ketika ini). oh, apa yang perlu saya lakukan lagi? oh, oh, oh dan oh lagi.
seperti pesanan kawan saya yang menyuruh saya supaya tidak lambat pada hari jumaat ini untuk pendaftaran, masalah ini begitu mengganggu fikiran saya. apa akan terjadi jika masalah ini berlarutan sehingga kelas bermula dan saya mempunyai kelas tiap-tiap pagi? ini akan mengganggu waktu tidur saya yang selepas exam hari itu ialah 8 jam (i need my beauty sleep darling). jika anda hairan bagaimana saya boleh tidur selama 8 jam dalam keadaan begini, ia adalah kerana saya mampu mencuri beberapa jam sebelum startnya drama Spa Q pada pukul
6.30 petang. ya, kawan-kawan saya adalah salah seorang penonton setia drama tersebut walaupun jalan ceritanya begitu bodoh sekali sehingga saya rasa ingin menampar pelakon-pelakon drama tersebut terutamanya faradhiya yang melakonkan watak fatin. selain itu lagu kumahu yang menjadi lagu drama tersebut juga begitu meresahkan jiwa saya. jadi, jangan ditanya mengapa saya masih menonton drama tersebut kerana ia adalah satu misteri.
ya, saya sudah merepek di situ, jadi lebih baik saya stop dulu sebelum saya merepek dengan lebih banyak.
HAPPY NEW YEAR!
2 comments:
saya pun sekarang insomniac tetapi yang besnya ibu saya tidak berleter. jadi saya boleh tidur dengan aman.
ya, misteri sungguh kerana saya pun sudah addicted dengan spa q walaupun seperti anda saya percaya yang cerita itu sangat bodoh.
mungkin inilah kehidupan.
kehidupan apa yang ingin drama tersebut tonjolkan? saya sebenarnya sudah muak dengan kehidupan rich and famous ni, tetapi tidak tahu mandrem apa yang telah digunakan oleh kakak datuk k sehingga saya tetap terpaku di kaca tv dari pukul 6.30-7.30.
Post a Comment