Saturday, January 05, 2008

hari pendaftaran adalah hari yang malang untuk saya.

tidak, saya bukan mengatakan untuk hari ini sahaja (hari ini saya mendaftar untuk semester baru), saya mengatakan untuk semua hari pendaftaran yang telah saya lalui, daripada diploma, sampailah ke acca ini.

hari ini bermula di saat ketika saya bangun pada pukul 8.15 pagi tadi. 8.15 pagi? bukankah itu awal? ya, jika di pagi-pagi yang lain, saya tentu bersetuju dengan anda, namun bukan hari ini kerana saya telah berjanji dengan kawan saya di stesen putra lrt universiti pada pukul 9 pagi. waktu mandi yang selalunya setengah jam-45 minit terpaksa saya pendekkan menjadi 15 minit dan kemudian saya berkejar ke kl sentral. adakah saya sempat sampai sebelum pukul 9 pagi? oh tidak, kerana jalan kl yang sungguh sesak menghalang saya dari berbuat demikian. dan saya dengan baik hatinya menyuruh kawan saya pergi dahulu. hmm, there went my free ride for the day, dan terpaksalah saya mengeluarkan RM3 untuk tambang bas.

adakah nasib malang saya berhenti di situ?

oh, tidak.

dengan bantuan lampu yang asyik merah (saya sangat superstitious dengan lampu merah) dan pemandu bas yang membawa bas dengan begitu malu-malu kucing, akhirnya sampai juga saya di bus stop seksyen 2 pada pukul 11 pagi (ketika ini, saya telah menyumpah-nyumpah semua pemandu bas di malaysia passionately sambil mengutuk orang yang duduk di sebelah saya kerana memakai beg berjenama yang cap petaling street. sesungguhnya saya boleh detect kehadiran beg-beg pvc ini dengan sebelah mata sahaja. sila ambil perhatian bahawa semua ini dilakukan dalam hati sahaja). kemudian terpaksa saya tunggu setengah jam lagi untuk bas T603 bergerak. dan dalam pukul 11.40, sampailah saya di menara. ketika ini, saya begitu berdebar-debar kerana malam yang sebelumnya 3 orang kawan saya telah mengingatkan saya bahawa pendaftaran sampai pukul 12 sahaja. nasib baik saya sempat membuat pendaftaran, itu pun selepas saya hampir memaki 2 orang petugas apacs yang begitu kurang ajar dan tidak menghormati orang yang lebih tua dari mereka.

adakah telah berhenti nasib malang ini?

tidak sama sekali.

memandangkan saya habis pendaftaran kelas pada pukul 12.35 tengah hari, saya tidak sempat mendaftar untuk kolej memandangkan waktu itu telah waktu rehat, dan kaunter cuma dibuka pada pukul 3 petang. 3 petang? darah saya betul-betul mendidih pada waktu ini. dan saya pun memberi mesej kepada kawan saya fai untuk mengajak dia makan tengah hari. tetapi mesej yang berbunyi "aku kan cuti 1 sem" membuatkan saya bertambah sedih. ini kerana, setelah sekelas dan bertukar-tukar insults selama 3 semester selain menjadi rakan mengumpat yang begitu memahami sekali, saya akan keseorangan pada semester ini. ya, saya ada kawan yang lain, tapi semua pun tak dapat mengganti fai. (fai, aku dah tulis banyak-banyak ni, nanti belanja aku kenny rogers tau).

nasib baik lah selepas itu semua perkara pun berjalan dengan lancar. tiada lagi masalah, kecuali 2 biji jerawat yang tiba-tiba muncul selepas saya bangun pagi tadi. ya, jerawat sering timbul di muka saya di saat-saat saya perlu berjumpa orang ramai. saya tidak tahu adakah jerawat saya timbul kerana sembelit (oh, tidak!), stress, kuat berangan, atau kerana ada orang rindukan saya. saya percaya yang ianya kerana orang rindukan saya kerana hari ini lebih dari 4 orang mengatakan mereka rindu kepada saya.

dan semua nasib malang itu pucat jika dibandingkan dengan kepuasan yang saya dapat ketika menonton atonement. cerita itu memang tidak perfect, tetapi perfection is always overrated (meminjam kata-kata paul moss). cerita itu begitu menyentuh hati dan cara penceritaannya berbeza dengan filem-filem yang lain. jjalan ceritanya melompat dari satu tahun ke tahun yang lain tetapi ia tidak nampak sloppy atau choppy malah olahannya digarap dengan begitu kemas sekali. mungkin satu kelemahan cerita ini ialah pelakon utamanya, keira knightley kerana dia begitu anorexic dan tak sesuai dijadikan sebagai an object of desire. ya, saya akui, dia adalah yang paling berbakat di antara yang lain, namun, tolonglah cgikan badannya supaya nampak normal. pergilah menonton filem ini, ia seperti a breath of fresh air jika dibandingkan dengan filem-filem lain yang sedang ditayangkan ketika ini.

dan sesungguhnya berita ini sungguh menggembirakan saya. tunku tiara akhirnya keluar dari OIAM. yay, akhirnya saya boleh menonton OIAM dengan hati yang tenang.

No comments: